♥ Followers ♥

April 13, 2011

PEMAKANAN BAYI (6 BULAN KEBAWAH)

Assalamualaikum wbt.
Hari ni aku nak share dengan korang pasal penjagaan pemakanan bayi yang berusia bawah 6 bulan..
Penjagaan cara pemakanan dan waktu makan bayi adalah penting diketahui oleh semua bakal atau yang sudah bergelar ibu..Pemakanan yang tidak mengikut cara dan waktu pemakanan yang sebenar boleh menyebabkan gizi yang tidak seimbang. Mengikut kajian pemakanan, makanan yang paling sempurna pada bayi adalah susu semata kepada bayi yang berumur dibawah 6 bulan dimana ianya mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi. Kepentingan susu ibu dapat dihuraikan seperti dibawah:

  1. Mengandungi zat makanan vitamin yang mencukupi mengikut keperluan bayi.
  2. Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan
  3. Melindungi bayi dari penyakit
  4. Mengandungi antibodi dan bahan-bahan pelindung penyakit
  5. Mengandungi faktor tumbesaran yang sempurna
  6. Tiada pencemaran
  7. Mengandungi enzim
  8. Zat dan kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi.
Bagi Jadual Pemakanan bayi yang kurang daripada 6 bulan, biasanya bayi akan disusukan dalam masa 2 jam sekali (bagaimanapun ianya bergantung kepada kehendak bayi). Sekiranya bayi yang tidur dalam masa yang melebihi 2 jam tersebut hendaklah dikejutkan untuk diberikan susu mengikut waktu pemakanan. Sesetangah ibu akan menjadi tanda tanya sama ada anak tersebut mendapat susu yang cukup atau tidak. Bayi yang mendapat susuan yang cukup mempunyai tanda seperti berikut:
  1. Penyusuan yang kerap (8 - 12 kali - siang dan malam)
  2. Payu dara penuh sebelum menyusu dan ringan selepas menyusu.
  3. Bayi ceria dan puas dimana bayi berhenti menangis menangis.
  4. Kenaikan pertumbuhan badan yang memuaskan
Saranan dari Kementerian Kerajaan Malaysia ialah supaya ibu menyusukan anak secara eksklusif (tanpa memberi makanan lain hatta air masak sekalipun) selama 6 bulan yang pertama. Selepas 6 bulan, atau apabila bayi telah bersedia, bolehlah diperkenkan makanan pejal atau solid food.

Kenapa kena tunggu sampai 6 bulan? Ye la, ada orang baby umur 2 hari dah bagi makan nestum atau pisang (biasanya orang dulu2), okay je.
Benda ni sama lah macam kita ambil UPSR dulu, dengan adik/anak kita ambil UPSR sekarang. Otak manusia ni sama je, orang jenis yang sama tapi kenapa soalan lain2? Kenapa tak sama je dari dulu?
Samalah dalam bidang perubatan dan kesihatan, makin lama semakin banyak kajian dibuat dan semakin banyak teori yang dihasilkan. Jadi banyaklah perkara2 yang tidak diketahui pada zaman2 dulu, dah 'dibongkar' sekarang ni.

Antara sebab kenapa bayi sesuai diperkenalkan makanan pejal pada selepas bulan keenam:
  1. Mengurangkan risiko mendapat allergi dari pemakanan.
  2. Pemberian makanan selain susu ibu/susu yang sesuai untuk bayi sebelum masanya mendedahkan bayi kepada diabetes apabila dewasa nanti.
  3. Bayi akan kurang menyusu bila dah kenyang makan.
  4. Usus bayi masih belum matang.
 
Bagaimana memberi bayi makanan pejal pertamanya (separa pejal)?

Mula makan adalah satu stage yang baru dalam kehidupan seorang bayi. Ia sama macam kita mula masuk kerja. Dia akan mengalami perasaan yang berlainan sebab 'makan makanan' tak sama macam 'minum susu'. Sebagaimana kita mula2 masuk ke alam kerja, ada induksi, orientasi dan sebagainya, bayi kita juga perlu menjalani fasa yang sama iaitu 'introduction to solids' atau 'pengenalan kepada makanan pejal'.
Pada peringkat 6-7 bulan ni, bayi kita masih dalam peringkat 'orientasi' terhadap makanan pejal. Apatah lagi untuk makanan pertama bayi, adalah tidak berapa wajar kalau terus beri dia nasi goreng, ataupun nasi bubur lauk ikan salmon kerana suapan pertama adalah suapan 'pengenalan'.

Bila kita pergi ke tempat baru, mula2 sampai kita akan mengambil masa untuk membiasakan diri dengan tempat tu. apa lagi kalau tempat itu sangat2 berbeza dengan tempat kita. Contohnya kalau kita orang Malaysia pegi ke Jepun, dan kita tak tahu bahasa Jepun. Jadi kita perlukan sedikit masa, untuk belajar bahasa dan budaya dia, dan juga mengatasi rasa rindu.
Begitu dahsyat ke makanan pertama ni? Huhu.Mungkin bagi kita tak ada apa2. Tapi bayi kita kan, dunia dia ape aje lah kan. Bila melalui dan melepasi sesuatu fasa, itu adalah benda yang terbesar dalam hidup dia. Jadi pengalaman makanan pertama dia biarlah manis dan menggembirakan.


Aku akan pastikan si comel Aishah mendapatkan makanan pejalnya bila tiba waktunya...dan akan pasti sangat menyeronokkan...biar dia suka makan macam aku..hehehe...=)

3 org dah mengomel..korang?:

erinn kechiik said...[Cepat Reply !]

mak lebih berpengalaman dan lebih tahu....

mama comel said...[Cepat Reply !]

@erinn kechiik
org just post je..nak tau sendiri..bukan ckp sape2...jangan ckp bukan2...baru2 jadi mak mesti nak tau..kalau org tua lg tau la,nape boleh ckp baby 3 bulan boleh makan...

Anonymous said...[Cepat Reply !]

lorrr...post bnda cenggini pun ade org slh erti nmpknye..ni sume kan utk di share bsame..mmg la sorg mak tu lbh bpengalaman..tp yg empunya anak tu pun mst la nak jg anak dia btl2..nant dh jd ibu jgn mrh lak klau mak awk bg anak awk umur 2bln mkn ubi...heheheh..mau kembung perut lak..